Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, June 3, 2011

CEMBURU ?





Assalamualaikum peeps ! Sihat tak ? Hope korang sihat-sihat jer . Alhmadulillah , Tiniey sihat walafiat . Winkwink* Cemburu ? Hahah . This time , Tiniey nak kongsi ngan korang tentang tips dan sedikit hadis tentang cemburu nie . Heheh , kiranya , melepaskan feeling lahh jugak nie . D:


First , manusia nie memang takkan terlepas daripada merasa perasaan CEMBURU nie . kan kan ? So , Tiniey nak share sikit beberapa hadis yang dipetik daripada si GOOGLE . Hahah , baca yer ?


Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: “Kerana itu aku cemburu kepada beliau.”
Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya: “Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?”
Jawabku: “Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?”
Tanya baginda: “Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?”
Jawab Aisyah: “Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?”
Jawab baginda: “Ya!” Aku bertanya: “Aku sendiri juga?”
Jawab baginda: “Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
***
Dari Mughirah r.a. katanya: “Saad bin Ubadah mengatakan, ‘Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.’ Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.’”(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Okei , siap dah baca yang kat atas tuh ? Baca yang kat bawah nie plak . Urm , tips kalau pasangan or kawan korang merajuk ::
Tip # 1 - Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
Tip # 2 - Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
Tip # 3 - Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
Tip # 4 - Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
Tip # 5 - Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.
DONE ! Hope entry kali nie dapat membantu korang yang mempunyai pasangan or kawan yang kuat cemburu . Okei , sekian saja untuk hari ini , Assalamualaikum and Selamat Membaca (:

No comments:

Post a Comment

 
Semua yang ada di dalam blog ini hak milik sepenuhnya Lovers Yours